Powered By Blogger

Wednesday 26 June 2013

perkara-perkara yang harus dielakkan selepas makan

dalam kita tak sedar, sebenarnya ada amalan-amalan yang mesti kita semua elakkan selepas makan !
baca ni :-



1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN ;
sebab nanti perut kembung sebab banyak air. lebih elok makan buah sejam sebelum makan atau dua jam selepas makan.




2. JANGAN MINUM TEH SELEPAS MAKAN;
selepas makan elok minum air putih. kalau minum teh selepas makan, asid yang ada dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras dan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan.


3. JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN;
sebab nanti aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. keadaan ini menyebabkan sistem pencernaan perut menjadi lemah.


4. JANGAN BANYAK BERJALAN SELEPAS MAKAN;
lepas makan elok rehat beberapa minit. jangan terlalu banyak berjalan sebab nanti sistem pencernaan tak dapat menyerap nutrisi daripada makanan


5. JANGAN TIDUR SELEPAS MAKAN;
kalau nak tidur jugak, tunggu sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan. tidur lepas makan boleh bahayakan sistem pencernaan sebab makanan tersebut tak dapat dicernakan dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur. (ok.noted! hehe)


6. JANGAN MEROKOK SELEPAS MAKAN;
menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. tak payahlah merokok, tak elok untuk kesihatan pun.


7. JANGAN BERSENAM SELEPAS MAKAN;
selepas makan, perut masih penuh. kalau buat aktiviti fizikal secara drastik selepas makan, sistem pencernaan nanti tidak boleh berfungsi dengan baik.


sumber : akhbar berita harian


p/s: tambahan :- no. 8, jangan lupa baca doa selepas makan. sekurang-kurangnya ucaplah alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang telah diberikan.


No comments:

Post a Comment