Powered By Blogger

Tuesday 27 August 2013

hari raya !

harapnya masih belum terlewat untuk ucapkan selamat hari raya untuk semua umat Islam..
setiap minggu ni ada je undangan rumah terbuka, alhamdulillah..

tapi untuk orang macam saya, ada beberapa perkara yang saya tak suka bila menjelang hari raya..
bukan sebab hari raya tuh,, tapi sebab2nya ;
-bila hari raya, kita semua akan berkumpul ramai-ramai.. dengan sanak-saudara yang jauh, yang dekat..
maka, bila dah kumpul ramai-ramai, maka kita akan terpaksa berhadapan dengan banyak soalan..
yang belum berkahwin, orang akan tanya bila nak kahwin..
yang dah kahwin, tanya bila nak dapat anak
yang tak keje, tanya kenapa tak keje, bila nak keje, dah cari keje ke dll
yang ada sepupu atau sedara atau orang kampung yang hampir sebaya,, mesti akan dibanding2kan..
kadang-kadang stress jugak..kan..what a life!

-bila hari raya, makan banyak memang tak boleh nak elak.. pergi beraya rumah orang, mesti kena makan, at least sikit.. kalau dah satu hari beraya 3,4 buah rumah, kenyang sampai perut dah tak ada space.. tapi makanan time raya memang sedap-sedap belaka.. nyum nyum.. akibatnya, berat naik semula walaupun masa bulan puasa dah turun sekilo dua.. haihh..

-traffic jem.. bukan setakat dekat highway jem, dekat kampung pun jem.. sabo je lah..

tapi..bila hari raya, banyak perkara yang best melebihi yang tak best..
-dapat balik kampung, melepaskan rindu pada atok,opah,pakcik,makcik,sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa..
-dapat kumpul ramai-ramai ngan sedara mara..meriah wooo..boleh bermaaf-maafan sekali :)
-dapat duit raya n dapat bagi duit raya ..hee
-dapat makan lemang,ketupat,rendang
-dapat main bunga api #budakkecik
-dan lain-lain lagi :))


maka,,hargailah nikmat hari raya sementara masih ada ^_^ peace-

running man tak jadi ke malaysia ?

hurmmm..
terkejut bila baca dekat blog beautifulnara tadi yang running man (RM) fan meeting di malaysia 7 september ni cancel !
sebab masalah penganjur katanya..
kempunan lah peminat RM kat Malaysia yang tak sabar-sabar tunggu haha,gary,jong kook n seok jin datang malaysia..
yang dah beli tiket tu, terpaksalah mintak refund balik kan..
kesian tengok ramai peminat RM yang komen kat facebook organizer 'big pocket', yang sedih + kecewa..
nak buat macam mana kan,hurmm, next time kita jemput running man lagi~
ajak semua ahli datang..jangan sorg pun tinggal k!

paani, pinjam gambar ye ! peace :) #loveRM

p/s: suka tengok monday couple.. sweet sangat.. gary tuh memang a nice guy lah..ji hyo pulak macam playing hard to get.. comel aje <3