Powered By Blogger

Thursday 27 June 2013

antara percaya dan tak percaya

minggu lepas, masa tgh buat preparation untuk kenduri doa selamat, yang mana ketika saya tgh memotong & mengupas bawang-bawang, mata rasa sangat-sangat pedih dan berair..
haruslah,, bawang memang suka buat orang menangis..


then, tengah2 sedih dan pedih tuh,
makcik saya pun suruh saya basuh kaki..
saya pelik..
yang pedih mata, bukan kaki..
dia kata buat je, sebab ni petua orang tua-tua katanya..
saya tak berapa nak percaya & susah nak percaya..
dalam hati kata, baik jirus terus air dari paip banyak-banyak ke muka.. ye tak..

*********************

tengah hari tadi, masa tengah potong bawang, tiba-tiba mata pedih..
aihh,, sedih lagi ke..hehe
so, kali ni nak try lah praktikkan apa yang makcik cakap hari tuh..
saya pun terus lah ke bilik air untuk basuh kaki.. (tanpa basuh muka atau cuci mata)
n pelik, mata dah tak pedih ..

hurmm,, apa kaitan basuh kaki dan menghilangkan pedih mata sebab potong bawang ye??
ni kebetulan ke atau memang ada kaitan..
atau sebab dah diset dalam minda kata basuh kaki, pedih pun hilang..
musykil~

PROTON - peraduan nama siapa hebat

siapa nak hadiah, angkat tangan !!!

PROTON tgh anjurkan contest : NAMAKAN KERETA KOMPAK PROTON YANG BARU !
just name and win !

manalah tahu kot2 nama yang kita reka untuk kereta baru PROTON ni boleh pulak terpilih nanti..
tuah ayam nampak di kaki, tuah hang tuah pada namanya, tuah kita semua siapa yang tahu... kaaan :)

peraduan ni bermula dari 25 JUN 2013 sehingga 25 JULAI 2013 ..
(manalah tahu, dapat pulak hadiah untuk hari raya)

hadiah-hadiah yang ditawarkan pun memang menarik, tertarik, da bomb !
tengok kat gambar ni :




MANA NAK DAPAT BORANG PENYERTAAN ??!!  KLIK SINI 

yang menariknya, boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korg suka (suka2!)
dan boleh submit penyertaan secara online atau secara pos !

nama untuk kereta PROTON ni mestilah tiada unsur negatif, tiada kaitan dengan haiwan, politik, agama, lucah & ganas !
& nama kereta ni mestilah dalam BAHASA MALAYSIA !
be creative u ols~

for more details, please visit PROTON-PERADUAN NAMA SIAPA HEBAT (click)



p/s: anda mestilah warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas untuk masuk peraduan ni :)

Wednesday 26 June 2013

perkara-perkara yang harus dielakkan selepas makan

dalam kita tak sedar, sebenarnya ada amalan-amalan yang mesti kita semua elakkan selepas makan !
baca ni :-



1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN ;
sebab nanti perut kembung sebab banyak air. lebih elok makan buah sejam sebelum makan atau dua jam selepas makan.




2. JANGAN MINUM TEH SELEPAS MAKAN;
selepas makan elok minum air putih. kalau minum teh selepas makan, asid yang ada dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras dan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan.


3. JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN;
sebab nanti aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. keadaan ini menyebabkan sistem pencernaan perut menjadi lemah.


4. JANGAN BANYAK BERJALAN SELEPAS MAKAN;
lepas makan elok rehat beberapa minit. jangan terlalu banyak berjalan sebab nanti sistem pencernaan tak dapat menyerap nutrisi daripada makanan


5. JANGAN TIDUR SELEPAS MAKAN;
kalau nak tidur jugak, tunggu sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan. tidur lepas makan boleh bahayakan sistem pencernaan sebab makanan tersebut tak dapat dicernakan dengan baik oleh sistem penghadaman ketika tidur. (ok.noted! hehe)


6. JANGAN MEROKOK SELEPAS MAKAN;
menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. tak payahlah merokok, tak elok untuk kesihatan pun.


7. JANGAN BERSENAM SELEPAS MAKAN;
selepas makan, perut masih penuh. kalau buat aktiviti fizikal secara drastik selepas makan, sistem pencernaan nanti tidak boleh berfungsi dengan baik.


sumber : akhbar berita harian


p/s: tambahan :- no. 8, jangan lupa baca doa selepas makan. sekurang-kurangnya ucaplah alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang telah diberikan.


Monday 24 June 2013

OAG di World Art Games 2013

untuk semua peminat band OAG di seluruh planet (hehe), saya cuma nak bagitau (untuk sesiapa yang tak tau lagi), OAG akan perform di main stage di WORLD ART GAMES 2013 yang berlangsung di Croatia bermula 29 Jun 2013- 10 Julai 2013..

mewakili Malaysia ok!

world art games ni umpamanya macam sukan olimpik la,, cuma bezanya ini pertandingan untuk acara seni ..

ni serba sedikit maklumat tentang World Art Games dari website www.wagames.org

World Art Games will take place every second year. Games will be held during ten days.

First will be hold in several cities in the Republic of Croatia, from June 29th -July 10th 2013.

Artistic teams from countries of the world participate in the Games. National teams are selected by selectors - National Committees.

Countries will present their top contemporary artists in all categories of artistic expression.



dengar kata, OAG akan bawa lagu-lagu dorg yang famous tapi yang telah dikeronchongkan ! 
ehemm, cool :)

all the best untuk OAG dan semua yang mewakili Malaysia dalam world art games ni.. 
harumkan nama negara di persada dunia yahh :))

untuk yang nak bagi wish gudluck kat OAG, silalah ke :-

twitter OAG >> twitter.com/#!/_OAG_
instagram OAG >> o_a_g_
atau subscribe youtube oag >> OAGdotTV


jom layan lagu Beautifool- OAG versi keronchong :-




p/s: dah > 11 tahun sokong band OAG ni, & akan terus sokong sampai bila-bila :) peace peace kacang pis ! 

photobook murah (lagi) !

ni entri pasal photobook murah lagi !
saya sukalah diskaun-diskaun untuk photobook ni ! :)

tadi duk tengok2 dekat GROUPON ;
ada diskaun untuk photobook dari photobook Malaysia
Softcover photobook RM 38 & Hardcover RM 52
Deal ni tinggal lagi sehari..
cepat-cepat grab di laman web GROUPON (klik sini)

photobook murah di groupon


di laman web LIVING SOCIAL pun ada deal untuk photobook murah jugak..
diskaun untuk photobook yang ni daripada PIXAJOY
ada free delivery lagi !
KLIK SINI untuk maklumat lanjut~
deal untuk photobook murah di LIVING SOCIAL ni tinggal 3 hari shj lagi !





sesiapa yang suka cuci gambar & edit gambar, cubalah beli photobook pulak & buat photobook korg sendiri :)


selamatkan kucing terbiar di johor

perhatian ! perhatian !
kepada semua pencinta haiwan teruamanya yang berada di Johor & kawasan yang berhampiran dengannya..

SUKARELAWAN diperlukan untuk program TRAP, NEUTER & ADOPT kucing-kucing terbiar di Pandan City, Johor yang akan diadakan pada 30 JUN 2013 !

yang nak bagi sumbangan pun dialu-alukan..

untuk keterangan lanjut sila ke FB Wira Fans Club & Pandan City Furries 

saya kagum dengan usaha dorg ni.. respect !
buat masa ni, saya hanya mampu tlg promote..
kalau ada program macam ni di selangor/kl, Insya Allah saya akan cuba join..

jerebu ohh jerebu

hari ni, keadaan jerebu dekat selangor ni macam makin teruk pulak.. pandang ke luar rumah, memang nampak berdebu.. & macam kabur..
kain jemuran dekat luar pun dah macam ada bau-bau asap..

saya curious jugak nak tahu apa status bacaan indeks pencemaran udara hari ni..
so, saya terus ke laman web kementerian sumber asli dan alam sekitar & di bawah ni adalah status bacaan indeks pencemaran udara di seluruh Malaysia untuk hari ini (24 Jun 2013) :-

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013 SELURUH MALAYSIA

(Sumber : AIR POLLUTANT INDEX MANAGEMENT SYSTEM)

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi78*##
JohorLarkin Lama111*##
JohorMuar148*##
JohorPasir Gudang83*##
KedahAlor Setar63*##
KedahBakar Arang, Sg. Petani75*##
KedahLangkawi58*##
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu108*##
KelantanTanah Merah90*##
MelakaBandaraya Melaka182*##
MelakaBukit Rambai260*##
Negeri SembilanNilai145*##
Negeri SembilanPort Dickson335*##
Negeri SembilanSeremban153*##
PahangBalok Baru, Kuantan198*##
PahangIndera Mahkota, Kuantan171*##
PahangJerantut106*##
PerakJalan Tasek, Ipoh70*##
PerakKg. Air Putih, Taiping63*##
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh79*##
PerakSeri Manjung141*##
PerakTanjung Malim128*##
PerlisKangar62*##
Pulau PinangPerai72*##
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai79*##
Pulau PinangUSM70*##
SabahKeningau78*##
SabahKota Kinabalu76*##
SabahSandakan50*##
SabahTawau39*##
SarawakBintulu75*##
SarawakILP Miri75*##
SarawakKapit63*##
SarawakKuching70*##
SarawakLimbang72*##
SarawakMiri81*##
SarawakSamarahan74*##
SarawakSarikei85*##
SarawakSibu85*##
SarawakSri Aman64*##
SelangorBanting178*##
SelangorKuala Selangor117*##
SelangorPelabuhan Kelang296*##
SelangorPetaling Jaya198*##
SelangorShah Alam157*##
TerengganuKemaman249*##
TerengganuKuala Terengganu95*##
TerengganuPaka159*##
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur191*##
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur157*##
Wilayah PersekutuanLabuan82*##
Wilayah PersekutuanPutrajaya155*##


Petunjuk / Legend

API

Status

0-50Baik / Good
51-100Sederhana / Moderate
101-200Tidak Sihat / Unhealthy
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>301Berbahaya / Hazardous


terkejut tengok kawasan port dickson tahap jerebu agak berbahaya.. 
jadi semua, kalau tak ada keperluan untuk keluar dari rumah atau bangunan, duduk je lah diam-diam terutama yang berada di kawasan-kawasan yang mana tahap jerebu tidak sihat & ke atas..

kalau terpaksa keluar jugak, pakailah topeng muka..

kalau hujan pun, elakkan daripada terkena hujan. sediakanlah payung... 
dalam keadaan berjerebu ni, takut hujan asid je..

janganlah ada pulak yang gatal tangan nak gi bakar sampah atau buat pembakaran terbuka pulak time2 macam ni.. nak menambahkan asap pulak kan.. sekeh kepala korg kang..

take care semua :)

Friday 21 June 2013

air liur bantu sembuhkan luka

kalau jari luka, kita secara spontan nya selalu akan terus masukkan jari yang luka tu dalam mulut kan untuk nak hentikan darah pada luka tu..

& tadi, baru terjadi, saya secara tak sengaja telah menyebabkan luka pada jari hantu ..ouch..
terleka masa tengah bersihkan pisau pemotong daging.. dah la pisau tu pisau baru,, tajam lagi.. aduuussss..
darah tak henti-henti mengalir.. tapak tangan sampai tukar jadi kaler marah..

serius banyak darah, padahal lukanya lebih kurang 0.5 cm je..

nak masuk jari dalam mulut, nanti banyak sangat rasa darah pulak.. tak pasal-pasal kang transform jadi raja bersiong.. hehe

so, secara cepat dan pantasnya otak saya berfikir, & terus teringat info yang saya pernah terbaca sebelum-sebelum ni yang air liur kita sebenarnya boleh hentikan darah kat luka tu & experience yg pernah dilalui..

sebab pernah masa kecik2 dulu, masa balik kampung, memang sukalah sangat main tepi parit.. lepas tu,apa lagi, cakap hai la dekat pacat2.. bila pacat tgh syok menghisap darah kat kaki tu, lepas tu kita pulak tarik dia, apa lagi,, tengok kat kaki memang darah akan tak henti-henti keluar la kan.. nanti lepas tu, mesti pakcik-makcik suruh ludah kat darah tu.. kecik2 dulu org cakap, ikut je.. kan.. then, nanti darah mesti dah mcm tak keluar dah.. magic.. hehe

ok, kembali kepada cerita jariku luka terhiris pisau ..
saya tak jadi masukkan jari dalam mulut sebab darah banyak sangat..
so, teruslah ludah kat jari yang terluka tu.. (takyah nak geli2 sangat..air liur sendiri kot..)
& tak sampai satu minit, darah dah macam stop dari keluar..
barulah bolehlah bersihkan jari dan tampal handyplast..
kalau tak, sebelum tu, walaupun dah basuh dengan air, darah tak nak stop mengalir..

huhuhu...

so, terasa nak check kat internet pasal air liur boleh sembuhkan luka ni & terjumpa satu artikel yang berkaitan air liur ni..

sudi-sudikanlah diri untuk membaca ye..  :-


SALIVA HEALS CUTS FASTER
Woman licking her finger
www.oprah.com

Go ahead: Lick your wounds. Your salivary glands are generating loads of curative compounds every day.

If you've ever cut your finger, your first impulse was probably to stick it in your mouth. That instinct serves you better than you might realize. Human saliva, it seems, speeds up wound healing.

Researchers at the University of Amsterdam in the Netherlands bathed injured skin in saliva or a saltwater solution. Sixteen hours later, they compared the samples and found that the cut treated with saliva had healed 30 percent faster.

The finding wasn't a complete surprise; saliva contains more than 200 compounds, many of which have, in previous research, proved capable of preventing cavities, fighting fungi, and even protecting against HIV transmission. Yet the Dutch researchers did uncover something new: Although they assumed growth hormones were responsible for the accelerated healing time, the catalysts were actually proteins called histatins.
"We stumbled upon the discovery," says Menno Oudhoff, the study's lead investigator. "It's a surprising finding." One reason for Oudhoff's excitement is that histatins are easier to synthesize in the lab than growth hormones, and they can be mass-produced cheaply. Which means histatin-infused products such as bandages, creams, and gauze could be available within a decade.

From the December 2008 issue of O, The Oprah Magazine


Read more: http://www.oprah.com/health/Health-News-Saliva-Heals-Cuts-Faster#ixzz2WppH9SV5



p/s: air liur kita ni sebenarnya banyak khasiatnya .. sebab tu luka dalam mulut lebih cepat sembuh berbanding luka di tempat-tempat lain seperti kaki, tangan, badan dll.. & sebab tu juga lah kita semua digalakkan untuk minum air kosong sejurus selepas kita bangun tidur (sebelum gosok gigi).. cubalah amalkan.. wallahualam~


sample WHISKAS JUNIOR percuma !

kalau saya search dekat internet, saya suka search anything yang berkaitan dengan haiwan terutamanya kucing.. yup, i'm an animal lover :)

then tadi saje la search dekat facebook WHISKAS Malaysia, nak cari link video iklan dorg yang tgh tayang kat tv tuh.. iklan tu comel sangat..geram tengok anak kucing dlm iklan tu. duk panggil mama dia.. comel !
tapi hampa, tak jumpa pulak video tu dalam facebook whiskas..
however, saya terjumpa sesuatu yang sangat menarik di page WHISKAS..

ehemm,, WHISKAS MALAYSIA sedang memberikan sampel percuma ..

ya!! free sample untuk whiskas Junior !

macam mana nak dapatkan sampel makanan kucing ni ?
mula-mula pergilah dekat Facebook WHISKAS MALAYSIA (klik sini)

then scroll ke bawah, cari post pasal free sample ni.. ,
then, klik pada link yang diberikan






lepas tu, klik LIKE di page WHISKAS JUNIOR













kemudian, isi butir-butir peribadi dalam borang yang telah disediakan..

yelah,,mestilah kena isi maklumat peribadi..kalau tak, macam mana whiskas nak post sampel kan..








lepas dah isi borang, klik HANTAR & tunggulah sampel whiskas junior ni dihantar di depan pintu rumah korg..hehe :)















senang kan..  so apa tunggu lagi,, pergilah FB whiskas sekarang !! & dapatkan sampel makanan kucing percuma sebelum kehabisan stok..

promosi sehingga 15 Julai 2013 je!



sumber :

https://www.facebook.com/whiskasmalaysia



p/s: kucing-kucing saya (yang dibela & yang berkeliaran di jalanan a.k.a kucing liar) suka makan whiskas, smartheart, ikan goreng, ikan mentah, ikan rebus, ayam goreng dll... tapi dorg tak suka makan nasi.. hee~

-------------------------------------------------------------


btw, tengok FB Smartheart tadi.. ada info tentang PET WORLD MALAYSIA 2013 yang diadakan pada 21-23 JUN 2013 (10am - 9pm) di Mid Valley Exhibition Centre .

sesiapa yang suka dengan haiwan , bolehlah pergi event ni :)
saya belum berkesempatan lagi utk pergi ~


Thursday 20 June 2013

Linkin Park Live in Malaysia 2013

perhatian ! perhatian !

untuk semua peminat LINKIN PARK di Malaysia ! (lompat2)
band rock terhebat ni nak datang KL bulan Ogos ni ! (hurrayyy)

save the date >> 19 Ogos 2013 

x percaya ?

nah tengok, Linkin Park sendiri yang bagitau kat website dorg >>> www.linkinpark.com




















tiket boleh beli dekat ticketcharge..
check kat website ticketcharge >>> www.ticketcharge.com.my 
atau call ticketcharge kat no ni 03-9222 8811

SHOUT OUT LOUD :-

LINKIN PARK LIVE IN MALAYSIA 2013
19 OGOS 2013, 8 MALAM
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL 



Tuesday 18 June 2013

yuna - i wanna go

suka lagu Yuna yang baru >> I wanna go
muzik video untuk lagu ni sangat sweet ok  ^_^
nice song :)
love it !

#YunaMusic
#sixthstreetEP
#IWannaGo






Yuna - I Wanna Go (lyric)


He’s one in a million
I don’t know when I’ll be seeing him again
He wants to live in a city
Moved out there and he was just seventeen, just seventeen

But no I’m not prepared, no I’m not prepared
My heart’s beating really fast, really fast
But I wanna go there, but I wanna go there
Lets walk a little further, you know I wanna be there

I wanna go wherever, whenever you wanna go wherever you wanna
I wanna go with you
I wanna go wherever, whenever you wanna go wherever you wanna
Can I go with you

He stares so politely
I’m best behaving when he’s walking with me, walking with me
He likes taking photos in black and white
They’re upon his walls, on his walls

No I’m not prepared, no I’m not prepared
My heart’s beating really fast, really fast
But I wanna go there, but I wanna go there
Lets walk a little further, you know I wanna be there

I wanna go wherever, whenever you wanna go wherever you wanna
I wanna go with you
I wanna go wherever, whenever you wanna go wherever you wanna
Can I go with you

I wanna go wherever, whenever you wanna go wherever you wanna
I wanna go with you
I wanna go wherever, whenever you wanna go wherever you wanna

Can I go with you




klik >> http://www.yunamusic.com/

Monday 17 June 2013

cengkerang 260 juta tahun di Merapoh

tadi baca utusan online dan terjumpa berita yang sangat menarik perhatian..

Fosil cengkerang berusia 260 juta tahun dijumpai di Sungai Yu berdekatan Merapoh oleh Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia.



Antara fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh, Kuala Lipis

Fosil cengkerang jenis Brakiopoda ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.

Spesies Brakiopoda lazimnya hidup di persekitaran laut cetek dan antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama adalah Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp.

Menerusi penyelidikan ahli paleontologi tersebut, daerah Merapoh ada banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah .

Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif.

Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya.

Haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau.

Menerusi proses geologi, dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.


Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian.

Kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu.



Artikel Penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130617/dn_17/Cengkerang-260j-tahun-ditemui#ixzz2WRyuoq6f

potong kuku ikut sunnah

ok semua.. sila lihat pada kuku kaki dan tangan anda ye.. kuku dah panjang kan !!!..
tak payahlah nak bela & simpan kuku panjang-panjang.. jadi tempat pengumpulan kekotoran & bakteria je nanti.. kalau tak percaya, amik sampel dari kuku yang panjang tu, & tengok kat bawah mikroskop.. hehe..

memotong kuku itu sendiri adalah sunat.. dalam Islam pun ditekankan supaya kita semua menjaga kebersihan diri.. bila bersih, bila wangi, kita pun happy... kan :)

kalau nak potong kuku, seelok-eloknya mengikut aturan seperti dalam gambar kat bawah ni:-

potong kuku ikut sunnah - mula dari no 1 (dari kanan)

p/s: lepas dah potong kuku tu, cucilah kaki & tangan supaya bersih dari segala kekotoran.. yippie!!




sumber :
http://ohislam.com

Friday 14 June 2013

CHELSEA FC & BARCELONA FC ASIA TOUR DI MALAYSIA !

kepada peminat-peminat bola sepak semua, akan datang ni ada 2 kelab gergasi nak datang buat Asia tour di MALAYSIA !

2 kelab tu adalah CHELSEA FC & BARCELONA FC!!
Chelsea & Barcelona akan menentang pasukan pilihan Malaysia!

kepada peminat bola sepak CHELSEA FC, BARCELONA FC & semestinya HARIMAU MALAYA, jangan lepaskan peluang ni!



TARIKH-TARIKH PERLAWANAN PERSAHABATAN :-

1. MALAYSIA XI v CHELSEA FC pada 21 JULY 2013, 9.45 PM, STADIUM SHAH ALAM

2. MALAYSIA XI v BARCELONA FC pada 10 AUGUST 2013, 8.45PM, STADIUM NEGARA BUKIT JALIL

(cuma tarikh-tarikh ni macam tak berapa syok sikitlah.. 21 July 2013 masih lagi dalam bulan puasa & 10 August 2013 pulak hari raya ke-3.. baru je ingat nak book tiket untuk tgk barca, tapi macam susah sikit je.. mestilah balik kampung time tu..hurmmm)


tiket untuk menyaksikan perlawanan Malaysia XI v Chelsea FC dijual pada harga RM58/ RM88/ RM108/RM 308/ RM 408 dan kalau nak tempah / beli tiket, silalah layari www.ticketpro.com.my atau ke ticketpro outlets di seluruh Malaysia,

Nak menang tshirt Chelsea FC yang telah ditandatangani ?? KLIK SINI !
(Stand a chance to win a signed Chelsea FC shirt, CLICK HERE now!)

                                             ---------------------------------------



ATTENTION>> ni kali pertama BARCELONA FC datang ke MALAYSIA!!

jadi, untuk yang nak beli tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan pasukan pilihan Malaysia, tiket dijual pada harga RM98/RM168/RM208/RM388/RM688 dan sila layari laman web www.ilassotickets.com untuk pembelian tiket .

atau di Ilasso tiket outlets berhampiran anda iaitu di Rock Corner 1 Utama,Subang Parade,Mid Valley,KLCC,The Curve,PJ Live Arts,KL Live Life Centre,T-BREAK CAFE Dataran Kewangan Darul Takaful,T-BREAK CAFE Menara Manulife, Performing Arts Centre of Penang(penangpac) dan Eastern Music Johor.


book ur tickets now~


sumber :-

http://www.chelseafc.com
http://www.fcbarcelona.com/
http://www.fam.org.my
http://www.ticketpro.com.my
http://www.ilassotickets.com


p/s: wow! Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bagi ganjaran RM1,000 kepada yang dapat tangkap penyokong yang cuba buat kekecohan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) dekat Stadium Nasional, Bukit Jalil, 29 Jun ini. baca berita lanjut di www.bharian.com.my.

Wednesday 12 June 2013

Oasis- Don't look back in anger

i love this band and this song!
one of my favourite song~
after so many years,it still a great song :)
sounds so awesome with pure emotions..
enjoy <3

OASIS-DON'T LOOK BACK IN ANGER 


(oasis-don't look back in anger lyrics)

Slip inside the eye of your mind
Don't you know you might find
A better place to play
You said that you've never been
But all the things that you've seen
They slowly fade away

So I'll start a revolution from my bed
cause you said the brains I had went to my head
Step outside, summertime's in bloom
Stand up beside the fireplace
Take that look from off your face
You ain't ever gonna burn my heart out 

And so, Sally can wait
She knows it's too late as we're walking on by
Her soul slides away
But don't look back in anger
I heard you say 

Take me to the place where you go
Where nobody knows if it's night or day
Please don't put your life in the hands
Of a rock and roll band
Who'll throw it all away 
I'm gonna start a revolution from my bed
cause you said the brains I had went to my head
Step outside cause summertime's in bloom
Stand up beside the fireplace
Take that look from off your face 
cause you ain't ever gonna burn my heart out 

So, Sally can wait
She knows it's too late as she's walking on by
My soul slides away
But don't look back in anger
I heard you say

So, Sally can wait
She knows it's too late as we're walking on by
Her soul slides away
But don't look back in anger
I heard you say
So, Sally can wait
She knows it's too late as she's walking on by
My soul slides away
But don't look back in anger
Don't look back in anger
I heard you say
At least not today...




Rilek Brader (Art Fazil ft Imuda)


siapa yang tengah jiwa kacau, sedih-sedih, rasa tension, nak marah-marah, meh kita relaks2 dulu.. 
dengar lagu RILEK BRADER oleh Art Fazil feat. Imuda... 

layan~




p/s: layan lagu ni seolah-olah sedang bersantai dan bersidai di tepi pantai ..hehe

photobook murah

saya memang suka tangkap gambar...
setiap gambar ada kenangan tersendiri.. bak kata yuna, setiap gambar ada lagu.. ;)

zaman sekarang ni kalau nak tengok gambar yang dah ditangkap, boleh terus klik kat laptop je,, tapi feel dia macam tak berapa nak best lah berbanding kalau kita tengok & belek gambar-gambar dalam bentuk yang boleh dipegang (yang dah di print atau dicuci la maknanya..x kisah lah saiz 4R ke 5R ke berapa-berapa R pun)..

kalau x percaya, pergi tengok gambar-gambar korang dalam album gambar.. n feel it.. then bandingkan lepas korang tengok gambar dekat dalam laptop atau PC yang mana gambar tu masih dalam bentuk soft copy.. lain kan..

& kalau nak kelainan sikit, selain dari cuci gambar dalam bentuk 4R (atau saiz-saiz standard pilihan korg), apa kata korang cuba pulak kumpul gambar-gambar soft copy korang tuh dah print kan gambar-gambar tu ke dalam sebuah buku atau dalam erti kata lainnya menjadi PHOTOBOOK !

memang menarik sangat.. seolah-olah kita membaca magazine atau buku cerita (ciptaan kita sendiri) yang di dalamnya ada kisah-kisah tersendiri.

Photobook ni tak mahal (lepas diskaun).. memang berbaloi kalau beli..
saya dah pernah buat sebelum ni, di photobookmart .. 
sebelum ni buat untuk pakcik dan makcik sendiri untuk edisi anak-anak dorg.. kualiti dia memang puas hati..
yang penting, kita yang design sendiri!

tapi buat photobook untuk diri sendiri belum berkesempatan lagi..

& rasanya dah sampai masa nak buat untuk gambar-gambar koleksi sendiri pulak..
Lagipun sekarang ni dekat GROUPON ada promosi untuk photobook..
DISKAUN SEHINGGA 76% UNTUK PHOTOBOOK 40 PAGES!
promosi PHOTOBOOK dari PHOTOBOOKMART kat website GROUPON ni murah!
harga dari RM 39 & kalau postage tambah RM10 saja..
best2!!
















promosi ni valid untuk 3 hari lagi!!! cepat-cepat sebelum terlambat!!

nak tau lebih lanjut, klik dekat link GROUPON ni !!!

kalau dah beli kupon dekat groupon ni, nanti dia ajar cara-cara nak redeem.. as simple as a,b,c !

p/s: siapa tak suka beli barang dengan harga diskaun.. cubalah melawat link-link kat bawah ni untuk online shopping dengan harga berbaloi-baloi :-



Tuesday 11 June 2013

oh my citrus bilberry lotion

(setakat hari ini, saya bukanlah agen tupperware dan bukan ahli tupperware serta tidak menjual barangan tupperware..cuma nak berkongsi cerita produk yang saya dah guna & sangaaaaat lah puas hati )


untuk mana-mana gadis,wanita,perempuan dan girls yang suka sangat bau yang sweet, bau buah-buahan & wangiiii, saya syorkan cubalah guna citrus bilberry body lotion & citrus bilberry body polish (brand nutrimetics).. saya beli kat kedai Tupperware..wangiii sangat..bau dia membuatkan rasa nak gigit je tangan sendiri (Over!).. hehe.. 

murah je.. lotion tu 75ml baru RM15.00.. body polish tu pulak baru RM25.00 (150ml).. masuk ni dah 2 kali beli lotion tu..tak ada rasa melekit atau berminyak bila pakai.. tahan lama (depends la kepada banyak mana penggunaan korang).. 

serius wangi..maniiiisss sangat baunya :) suka2 ^_^

citrus bilberry ni ada jugak perfume nya (EDT)..tapi tak pernah cuba lagi..lepas ni nak cuba beli perfume pula lah..

kalau nak tau lebih lanjut, pergi cari sendiri kedai Tupperware dekat2 dengan korang atau pergi klik kat website Tupperware  ni.


p/s: kalau buat sebagai hadiah untuk orang tersayang pun ok juga .. so sweet~ hehe

Monday 10 June 2013

kucing jalanan

kat belakang rumah ada anak-anak kucing..
anak-anak kucing jalanan..
kesian bila tengok anak-anak kucing ni nak 'survive' untuk hidup

yelah,,
anak-anak kucing ni tak bertuan..
tak sampai hati tengok kena panas kena hujan

nak dibela,,kawasan rumah tak berapa mengizinkan..
juz mampu memberi makan

nasiblah mak kucing masih nak menjaga anak-anaknya
kalau tak selalunya mak kucing tu buat tak kisah aje..
nak bagi anak-anaknya belajar berdikari kot..
macam dia dulu-dulu..heh

tapi hari tu nampak ada tiga
ni macam dah tinggal dua je..
hurmm.. dah tamat riwayat ke..entah..

...

laungan azan sedang berkumandang
hati gundah menjadi tenang

subhanallah..

entah

satu dua tiga dan empat,
lima enam tujuh dan lapan,
yang dikejar tiadalah nan dapat,
yang dikendong pula nan berciciran.


dugaan hidup

setiap orang ada masalah..
setiap orang ada salah..
setiap orang ada cara untuk menangani masalah dengan cara yang tak salah..
dan setiap orang yang bermasalah adalah salah apabila menafikan bahawa mereka tak bermasalah..

setiap masalah boleh diatasi
setiap masalah boleh diharungi
salah dan silap boleh diperbaiki
yang penting tabahkan hati..



p/s: hidup mesti kena ada plan a,b,c...kalau a tak jadi, cubalah b atau c..kalau semua tak menjadi, sila muhasabah diri~