Powered By Blogger

Monday 17 June 2013

cengkerang 260 juta tahun di Merapoh

tadi baca utusan online dan terjumpa berita yang sangat menarik perhatian..

Fosil cengkerang berusia 260 juta tahun dijumpai di Sungai Yu berdekatan Merapoh oleh Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia.



Antara fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh, Kuala Lipis

Fosil cengkerang jenis Brakiopoda ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaiktaraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu.

Spesies Brakiopoda lazimnya hidup di persekitaran laut cetek dan antara spesies Brakiopoda yang dapat dikenal pasti di kawasan sama adalah Leptodus sp.,Transennatia sp. dan Spyridiophora sp.

Menerusi penyelidikan ahli paleontologi tersebut, daerah Merapoh ada banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman pra-sejarah .

Merapoh berada di dasar lautan antara 250 hingga 260 juta tahun lampau dan menjadi habitat hidupan laut purba yang primitif.

Haiwan primitif ini berenang bebas di lantai lautan yang relatifnya agak dalam dan beriklim panas. Kemudiannya, apabila mati akan tertimbus oleh enapan keladak kekal yang menjadi batu dalam tempoh beratus juta tahun lamanya.

Haiwan purba itu hidup pada zaman sebelum berlakunya kepupusan masa di muka bumi iaitu kira-kira 252 juta tahun lampau.

Menerusi proses geologi, dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang wujud di Merapoh.


Berdasarkan kajian paleontologi, hidupan primitif ini pernah hidup di sekitar 260 juta tahun lampau atau secara saintifiknya berada dalam tempoh zaman Lopingian dan Permian.

Kawasan Merapoh diumpamakan 'kitab sejarah bumi' yang memaparkan fenomena kehidupan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini kira-kira 200,000 tahun lalu.



Artikel Penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130617/dn_17/Cengkerang-260j-tahun-ditemui#ixzz2WRyuoq6f

No comments:

Post a Comment