Powered By Blogger

Tuesday 11 June 2013

oh my citrus bilberry lotion

(setakat hari ini, saya bukanlah agen tupperware dan bukan ahli tupperware serta tidak menjual barangan tupperware..cuma nak berkongsi cerita produk yang saya dah guna & sangaaaaat lah puas hati )


untuk mana-mana gadis,wanita,perempuan dan girls yang suka sangat bau yang sweet, bau buah-buahan & wangiiii, saya syorkan cubalah guna citrus bilberry body lotion & citrus bilberry body polish (brand nutrimetics).. saya beli kat kedai Tupperware..wangiii sangat..bau dia membuatkan rasa nak gigit je tangan sendiri (Over!).. hehe.. 

murah je.. lotion tu 75ml baru RM15.00.. body polish tu pulak baru RM25.00 (150ml).. masuk ni dah 2 kali beli lotion tu..tak ada rasa melekit atau berminyak bila pakai.. tahan lama (depends la kepada banyak mana penggunaan korang).. 

serius wangi..maniiiisss sangat baunya :) suka2 ^_^

citrus bilberry ni ada jugak perfume nya (EDT)..tapi tak pernah cuba lagi..lepas ni nak cuba beli perfume pula lah..

kalau nak tau lebih lanjut, pergi cari sendiri kedai Tupperware dekat2 dengan korang atau pergi klik kat website Tupperware  ni.


p/s: kalau buat sebagai hadiah untuk orang tersayang pun ok juga .. so sweet~ hehe

1 comment: