Powered By Blogger

Thursday 18 July 2013

Running Man di Malaysia 2013


RUNNING MAN DATANG MALAYSIA !!
7 September 2013 ni !!!
untuk bertemu peminat2 di Kenanga Wholesale City Mall, KL!!

siapa yang nak jumpa Jong Kook, Haha, Suk Jin & Gary ?? angkat tangan !!! (saya2!)

walaupun tak semua datang (hurmm), tapi 4 orang ni pun masing-masing ada peminat tersendiri kan (cuma lebih meriah kalau ada kwang soo~ hehe)

Okay2, Perhatian semua peminat RUNNING MAN !!!
PETRONAS nak bagi korg TIKET PERCUMA untuk jumpa Running Man di KL !

ye,, tiket percuma !!!!
sama ada korg pemegang kad mesra atau bukan ahli kad mesra, semua boleh dapat (dengan syarat2 tertentu)
kalau pemegang kad mesra tu untung sikit lah sebab ada peluang untuk dapat tiket VVIP !! (horreey)

nak tau lebih lanjut macam mana nak dapatkan FREE TICKET untuk jumpa running man ni, cepat2 layari www.mymesra.com.my atau FB PetronasBrands !!
kempen bermula dari 17 Julai 2013 hingga 25 Ogos 2013 sahaja !!

race, start!!!

www.mymesra.com.my

Tuesday 16 July 2013

derma baju raya

korang ada baju raya untuk didermakan ?
BAJU RAYA sahaja..
boleh derma baju terpakai dan/atau baju yang baru ..
tak kesahlah baju kurung, baju melayu, jubah,kebaya dan lain-lain asalkan BAJU RAYA..
tudung & selendang pun boleh jugak kot nak derma..
dan tak kesahlah untuk saiz dewasa mahupun kanak-kanak..


jika korang nak derma baju raya/ sumbangkan baju raya, kejarlah skuad ERA sepanjang bulan Ramadhan ni..
skuad ERA sedang mengumpul baju-baju raya untuk program amal BAJU RAYA PROJECT.
baju-baju ni akan didermakan ke badan-badan kebajikan yang memerlukan..

Ingat, bila nak derma baju raya tu, make sure baju masih dalam keadaan elok, bersih dan cantik..
masukkan dalam plastik, tandakan saiz dan kuantiti..
dan serahkan kat skuad ERA perodua..

macam mana nak tahu bila dan di mana skuad ERA nak datang?
dengarlah radio ERA atau layari laman web ERA.fm untuk jadual lintasan skuad ERA seluruh negara >> http://era.fm/Khas/Baju-Raya-Project.aspx
boleh jugak check FB/twitter dorg..

kalau nak tau lebih lanjut pasal progam amal Baju Raya Project, check di FB BajuRayaProject.
& info terbaru di FB mereka menyatakan bahawa pada 21 JULAI 2013, sukarelawan baju raya project akan buat pengumpulan baju secara besar-besaran di Masjid UPM bermula jam 11 pagi - 1 petang. sesiapa yang nak sumbangkan/ derma baju-baju raya, silalah ke sana ye!


p/s: semoga semua insan berbahagia di hari lebaran nanti !




jangan guna handphone yang sedang dicaj !

baru-baru ni dunia dikejutkan dengan kematian seorang pramugari dari China berusia 23 tahun, Ma Ailun yang terkena renjatan elektrik semasa menggunakan i phone 5 (yang sedang dicaj).

kes ni boleh jadi pengajaran untuk semua & nasihat daripada kakak si mati harus kita semua ambil perhatian iaitu elakkan daripada guna handphone semasa sedang dicaj ! tak kesahlah jenama apa pun..
bahaya !
& lagi satu, kalau rasa-rasa charger tu dah rosak, janganlah guna..
boleh meningkatkan risiko kejutan elektrik & kalau nak beli charger tu, belilah yang original.

hmmm.. teknologi.. teknologi...



Wednesday 10 July 2013

petua untuk cantik cara islam !

Petua untuk awet muda cara islam :-

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu
  • Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahiLakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi
  •  INGAT, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 


  • selain itu, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi; Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.




  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 
  • Amalkan solat tahajud
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.


sumber : Blog I Luv Islam


puasalah

bersyukur dapat puasa..
bulan puasa ni perut pun dapat rehat..
yelah, kalau tak tu asyik nak makan & mengunyah 24 jam je kan..
bagilah sistem pencernaan rehat jap..
bulan puasa memang bulan yang terbaik kalau nak kurus..
tak payah susah payah diet teruk2..
puasa je.. confirm lepas sebulan, berat pun turun..

bulan puasa ni pun elok untuk mendidik diri ni bangun pagi..
kalau tak, liat je kan.. subuh pun ter-miss..
bila bulan puasa, mestilah bangun untuk sahur..
kalau tak, lemau satu hari..
lagipun sahur tu kan sunat..
& sahur yang membezakan puasa orang islam dengan puasa orang kristian & yahudi..
jadi, rajin-rajinkanlah diri bangun sahur..
lepas sahur, boleh terus solat subuh..kaan~

kejap lagi dah nak masuk waktu berbuka..
dah nak lengkap sehari berpuasa..
sunat segerakan waktu berbuka (bila dah sampai waktunya) & sunat berbuka dengan makan kurma..
lepas berbuka, barulah solat maghrib.. & isyak & tarawikh..

selamat berpuasa & selamat berbuka puasa :)


ganjaran di bulan puasa !

p/s: saya suka bersahur & berbuka puasa dengan minum milo! hehe ^_^

Tuesday 9 July 2013

selamat menyambut bulan Ramadhan !

tadi pengumuman puasa dah dibuat..
bermula hari rabu ni bersamaan 08 Julai 2013,
kt semua akan mula BERPUASA & BANGUN SAHUR :)
Selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat mengerjakan ibadah puasa!

p/s: ustaz kazim elias kata, kalau nak mudah kejut orang bangun tidur, cuba jentik kat kuku ibu jari kaki orang yang tengah tidur tu.. boleh apply untuk kejut orang bangun sahur :) hehe

niat puasa